Hai.. pertama kali saya menulis blog, sebelum ni tak tau pun fungsi blog ni untuk apa.. Saya selaku tuan blog ini bernama Tempelicious, ya nama saya Tempelicious kerana saya seorang penggemar tempe goreng bersalut tepung kentaki... Walaupun saya bukan orang Johor saya amat gemar mengunyah tempe tampa mengira tempat dan masa kerana tempe mempunyai kelazatan yang tersendiri.. Adapun saya selaku penggemar tempe, saya tidak gemar bercerita tentang waktu-waktu indah saya bersama tempe goreng bersalut tepung kentaki. Oleh itu tujuan blog ini dicipta bukanlah untuk bercerita tentang kesedapan tempe goreng semata-mata.. Cerita-cerita yang bakal saya nukilkan di sini merupakan pembohongan semata-mata kecuali fakta-fakta yang mempunyai rujukan yang sahih.. Cerita-cerita yang ada di sini juga tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Tujuan blog ini dibuat bukanlah untuk menyinggung mana-mana pihak tetapi sekadar untuk bersantai pada waktu lapang..
Sekian, ikhlas dari
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License.
No comments:
Post a Comment