Friday, 29 July 2011

Salam Ramadan Edisi 1432H / 2011M

Bulan Ramadhan kembali lagi


Mereka pula pergi buat seketika

Jangan tiru aksi ini.. kui kui kui

p/s: Ramadan pun dah semakin hampir, lagi beberapa hari je lagi.. oleh itu saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau membuatkan sesiapa terasa dengan penulisan saya yang mengarut ngarut ni.. Seperti yang ditulis pada entri saya yang pertama, semua yang ada dalam blog saya ini adalah rekaan semata2 apa yang terlintas di fikiran itulah yang saya tulis.. Kalau ada yang tersentap sekali lagi saya memohon maaf... peace   ;)

Thursday, 28 July 2011

Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014

Hanya tinggal kenangan buat pasukan Malausia


Walaupun hampa, kami tetap berbangga dengan prestasi kami.... Roarrrrr!!!!!!!!!!!!

Keputusan Bola Sepak : Malaysia vs Singapura

Malaysia 4



Singapura 6


Menu Tengah Hari




Setelah diproses dan dimasukkan ke dalam tin



Gambar Hiasan

Sunday, 24 July 2011

Oh, Apis - Awan Nano



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Thursday, 21 July 2011

Gaban Penyelamat Bumi

Waktu : Tengah hari panas terik
Tempat : Bandaraya Gaban-Ban

Matahari sudah terpacak di atas kepala, bayang bayang pula semakin membulat di tapak kaki… Namun, Gaban masih gagah melangkahkan kakinya dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang kerana kekurangan oksigen…

 ‘Ah, sialan… mobil ku sudah kehabisan bateri, sampai bilakah aku perlu menapak menuju ke destinasi…’ rungut Gaban dalam hati yang sedikit kacau.

Gaban terus melangkah setapak demi setapak tanpa hiraukan cahaya matahari panas dan debu debu beterbangan mengirinya. Sambil menapak dia lihat jam ditangan, dilihat jarum pendek baru menunjukkan pukul 12…

‘Haizzz… Lagi tujuh jam untuk sampai waktu berbuka…’ bisik Gaban dalam hati. Ketika itu juga perutnya sedang rancak memproses angin.

Sedang Gaban berjalan lagi tiba tiba dia terdengar jeritan seorang wanita, lantas dia melilau untuk mengesan dari arah mana datangnya jeritan itu…

‘Hah, bunyi itu datang dari arah barat!’ Lalu Gaban pun pergi ke arah barat dan meliat ada seorang amoi cantik sedang duduk di atas simen…

“Errrr, awak kah yang menjerit tadi?”

“Iya, saya yang menjerit tadi sebab jatuh terpijak kulit pisang,”

“Isk isk isk… nah amek plaster ni dan tampal pada bahagian yang luka,”

“Terima kasih encik Gaban,”

“Sama-sama…”


Wednesday, 6 July 2011

Mengejar Pelangi



"~~ Pagi yang gelap~~ kini sudah terang~~ aku adikmu~~ dan engkau abang~~ lalalala~~,"

Mereka menyanyi dengan perasaan riang gembira tanpa duka dan lara di dalam hati yang berbunga bunga taik ayam.. Menyanyi nyanyi sambil berlari lari itik di atas tanah rizab tepi jalan raya JKR sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa penat lelah.. Walaupun mereka mengidap penyakit lelah, irama dan lagu dari kumpulan Hujan sumbangan mereka sedikit sebanyak menjadi penawar..

"abang, lihat di sana... ada pelangi," suara si adik memecah suasana riang gembira sambil menunjukkan jarinya ke arah pelangi...

"Adik, jangan tunjuk ke arah pelangi dengan jari... nanti tangan adik kudung... jangan tujuk, abang nampak pelangi tu... ada tujuh warnakan..." ujar si abang...

"Iya, ada tujuh warna kesemuanya... tapi abang, saya mahu lihat pelangi itu dari dekat... saya ingin tahu apa yang ada di dalam pelangi itu..."

"Betul, abang pun tak pernah lihat cahaya pelangi dari dekat... selama ni cuma tengok dari jauh, agaknya apa yang ada dalam pelangi tu kan..."

"Adik rasa dalam pelangi tu mesti ada puteri tujuh beradik,"

"Entahlah... abang tak pasti, apa pun jom kita terjah untuk mendapatkan kepastian..."

"Jommm, kita terjah!!!," teriak si adik dengan penuh semangat...

Dengan semangat yang berkobar kobar mereka bergerak menuju ke arah cahaya pelangi itu... Walaupun cahaya pelagi itu berada jauh di atas bukit, mereka tidak menganggap iyanya adalah halangan...

Lalu mereka pun meredah segala hutan belukar yang penuh dengan onak dan duri duri tajam... Mereka berdua tidak juga kesahkan akan binatang buas yang mungkin bakal menanti kedatangan mereka berdua... Yang ada dalam fikiran mereka adalah pelangi, ingin mencari pelangi yang mereka lihat dari jauh tadi...

Akhirnya, mereka tiba juga ke tempat yang di tuju, dan mereka yakin di situlah tempat pelangi tadi muncul...

"Abang, mana pelangi yang kita nampak tadi??"

"Mungkin sudah hilang, tapi abang yakin pelangi yang kita nampak tadi memang muncul dari sini... takpelah, bukan rezki kita agaknya untuk lihat pelangi dekat dekat..." ujar si abang.

"Habis tu sekarang macam mana? hari dah petang, jomlah balik,

"Jom kita balik, hari pun dah petang..." jawab si abang sambil riak mukanya menunjukkan sedikit perasaan hampa...

"Abang ingat tak tadi kita lalu ikut jalan mana?"

"Iyalah semua jalan napak sama, jalan mana yang kita lalu tadi???"

Stairway To Heaven



Sunday, 3 July 2011

Lapar Bermakna Makan

Rasanya seperti ada yang tak kena, adakala aku mundar mandir menapak ke dapur kemudian ke depan semula. Di tangan pula kosong tidak membawa apa apa tetapi inginkan sesuatu.

"Hmmm..... nak buat nasi goreng lah,"