Waktu : Tengah hari panas terik
Tempat : Bandaraya Gaban-Ban
Tempat : Bandaraya Gaban-Ban
Matahari sudah terpacak di atas kepala, bayang bayang pula semakin membulat di tapak kaki… Namun, Gaban masih gagah melangkahkan kakinya dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang kerana kekurangan oksigen…
‘Ah, sialan… mobil ku sudah kehabisan bateri, sampai bilakah aku perlu menapak menuju ke destinasi…’ rungut Gaban dalam hati yang sedikit kacau.
Gaban terus melangkah setapak demi setapak tanpa hiraukan cahaya matahari panas dan debu debu beterbangan mengirinya. Sambil menapak dia lihat jam ditangan, dilihat jarum pendek baru menunjukkan pukul 12…
‘Haizzz… Lagi tujuh jam untuk sampai waktu berbuka…’ bisik Gaban dalam hati. Ketika itu juga perutnya sedang rancak memproses angin.
Sedang Gaban berjalan lagi tiba tiba dia terdengar jeritan seorang wanita, lantas dia melilau untuk mengesan dari arah mana datangnya jeritan itu…
‘Hah, bunyi itu datang dari arah barat!’ Lalu Gaban pun pergi ke arah barat dan meliat ada seorang amoi cantik sedang duduk di atas simen…
“Errrr, awak kah yang menjerit tadi?”
“Iya, saya yang menjerit tadi sebab jatuh terpijak kulit pisang,”
“Isk isk isk… nah amek plaster ni dan tampal pada bahagian yang luka,”
“Terima kasih encik Gaban,”
“Sama-sama…”
No comments:
Post a Comment